SRS-RA3000 Dan SRS-RA5000 Adalah Pembesar Suara Pintar Sony Dengan Sokongan 360 Reality Audio – Amanz

Sempena acara CES 2021, Sony telah memperkenalkan dua pembesar suara pintar baharu. Pembesar suara pintar ini hadir dengan sokongan 360 Reality Audio, menyokong Google Assistant dan juga Alexa untuk penggunaan yang lebih fleksibel.

Pembesar suara ini boleh memancar keseluruhan bilik atau ruang, menjadikan pengalaman pendengaran imersif. SRS-RA3000 mempunyai dua unit 17mm tweeter, satu 80mm pemacu menyeluruh serta dua 103 x 37 radiator pasif. Teknologi-teknologi audio Sony seperti DSEE turut disertakan, menyokong Spotify Connect dan juga mempunyai Chromecast terbina. Codec yang disokong hanyalah SBC dan AAC dan berat keseluruhan adalah 2.5kg.

Perkara pintar lain adalah, pembesar suara ini boleh melaras aras suara secara automatik, penalaan juga boleh ditetapkan secara automatik, menyokong tambatan antara pembesar suara lain untuk stereo, serta mempunyai sokongan kawalan dari aplikasi Music Center.

Pembesar suara kedua adalah SRS-RA5000, yang mana lebih mewah dan dengan rekaan yang pelik. Rekabentuk pembesar suara ini kelihatan seakan pencukur Xiaomi. Pembesar suara ini memuatkan tiga pemacu yang memancar ke atas bersaiz 46mm, tiga pemacu di tengah bersaiz 46mm serta satu subwoofer 70mm. Turut seperti SRS-RA3000, menyokong 360 Reality Audio, Google Assistant, tambatan ke televisyen dan banyak lagi. Beza hanyalah ini lebih besar dan lebih hebat dari pantulan audio di se kelilingi ruang atau bilik.

ep2p-5small