OnePlus Health Kini Di Play Store – Aplikasi HeyTap Health Daripada Oppo Yang Dijenamakan Semula – Amanz

OnePlus akan melancarkan penjejak kesihatan tersendiri, OnePlus Band. Aksesori ini dilihat mungkin akan dilancarkan terlebih dahulu sebelum OnePlus Watch. Beberapa hari yang lepas, poster acah telah diterbit memperlihatkan sedikit rekaan OnePlus Band dan baru-baru ini aplikasi untuk menggunakan penjejak ini telah diterbit di Play Store – iaitu OnePlus Health.

OnePlus Health

OnePlus Health adalah aplikasi setempat untuk menukar muka jam, mengubah tetapan, semak data kecergasan dan banyak lagi. Pada awal, ia kelihatan menarik tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Selepas semakan, sebenarnya OnePlus Health adalah aplikasi HeyTap Health daripada Oppo yang dijenamakan semula sahaja. Di dalam tangkapan layar yang diterbit di Play Store imej OnePlus Band juga dilihat menyerupai satu peranti lain.

HeyTap Health, Oppo

Selepas dilihat dengan teliti, OnePlus Band berkemungkinan besar adalah Oppo Band yang turut dijenamakan semula. Nampaknya selepas Pete Lau terlibat dengan perancangan produk Realme dan Oppo, semua dari Oppo dijenamakan kepada OnePlus. Jadi bersedialah untuk menerima produk-produk Oppo dan Realme yang dijenamkan kepada OnePlus.

Muat Turun OnePlus Health Di Play Store

Muat Turun HeyTap Health Di Play Store

ep2p-5small