My Kuali: Tumis sayur baby kailan

sayur baby kailan yang kak rose masak beberapa hari lepas. ada juga yang kata ini baby kubis, entah lah mana satu yang betul kak rose pun tak pasti… yang penting sangat lah sedapnya bila buat stir fry macam ni…dan kak rose tambah dengan sedikit kubis dalam sayur ni. jom la kita masak….

sepeket sayur baby kailan

Air secukupnya
sedikit kobis putih

1 ulas bawang putih

1 kiub pati ikan bilis

1)
Bersihkan sayur baby kailan dan di kopek daun sekeping demi sekeping .


2) Panaskan
minyak secukupnya dan tumis bawang merah dan putih sampai wangi kemudian
masukkan semua sayur baby kailan dan kobis tadi. masukkan juga kiub pati ikan bilis dan boleh la dimasukkan sedikit air
supaya sayur ni tak kering . Kacau semua bahan dan  boleh dirasa sayur
jika kurang masin baru tambah garam secukup rasa . Bila sayur dah masak
boleh terus ditutup api dan dihidang

Quanfa Organic Leafy Vegetables Baby Cabbage | Quan fa Organic Farm

ep2p-5small