My Kuali: Murtabak kulit popia

nak makan murtabak yang buat sendiri, tapi nak yang mudah disediakan lah. tak perlulah nak uli dan tebar kulit roti canai bagai.. kita guna jer kulit popia yang dah bertapa kejung dalam freezer tu. tapi since nak makan daging kisar pun ada sedikit keraguan, kak rose guna dada ayam dan kisar sendiri jer. lagi selamat dan tak perlu was was kan.. so ni lah dia murtabak segera inti daging ayam makan denagn bawang cuka ni. jom tengok resepinya..

Bahan-bahan

  • 100 g daging cincang (kak rose guna dua keping boneless dada ayam dan kisar)
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup (kak rose guna batang celery)
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam
  • kulit popia
  • 2 biji telur (kak rose guna 3 biji telo)

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh
    dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan ayam
    cincang.
  3. apabila ayam masak, masukkan kentang yang
    dipotong dadu.masukkan garam. jika terlalu kering,
    tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan
    daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak

 

ep2p-2