Siri Kini Boleh Membaca Mesej Telegram Melalui AirPods – Amanz

Siri adalah pembantu digital dalam perantip-peranti Apple dan merupakan pesaing kepada Google Assistant. Walaupun Siri tidak sehebat Google Assistant, ia masih mampu melakukan banyak perkara seperti kawalan peranti berhubung, bertanyakan pelbagai fakta, membantu menghantar mesej, membuat panggilan telefon atau juga Shortcut.

Dalam iOS 13, pengguna AirPods atau Powerbeats menerima fungsi Siri membaca mesej dan pengguna boleh terus membalas. Terkini, Telegram pula menguji fungsi yang sama. Fungsi ini dinamakan sebagai Announce Message untuk aplikasi-aplikasi permesejan. Buat masa ini, Telegram adalah satu-satunya aplikasi permesejan pihak ketiga yang menyokong fungsi ini.

Fungsi ini hanya boleh digunakan pada aplikasi Telegram versi beta untuk pengguna iOS 13 ke atas dan TWS dengan cip H1 seperti AirPods 2, AirPods Pro, Powerbeats Pro, Powerbeats dan Beats Solo Pro.

ep2p-5small