Siakap stim a la thai

sapa suka lauk macam ni kita geng lah! simple dan sedap digandingkan dengan nasik panas2 kan.. boleh bertambah2 nasi dibuatnya. kami berdua jer yang suka lauk cenggini, anak pulak dia nak yang digoreng atau masak tiga rasa kalau tak pun yang masam manis tu… memang kesukaan dia lah. tapi kini cuma kami berdua dirumah… simple macam ni pun dah ok.. jom tengok resepinya… 

Bahan-bahan:



  • Seekor ikan siakap
  • 2 biji limau nipis (dipotong dua) (kak rose guna sebiji lemon)
  • 1 batang serai (dihiris nipis)
  • 5 halia (dihiris nipis)
  • 3 cili merah kecil (dihiris)
  • 3 cili hijau kecil (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 batang daun ketumbar
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 4 sudu besar sos ikan (kak rose gantikan dengan satu sudu makan sos tiram)


Cara kukus ikan
1. Bersihkan ikan siakap dan hiris bahagian badannya.
2. Selepas itu, masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.


3. Kemudian, perahkan jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.
4. Setelah itu, kukuskan ikan selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.

Cara masak kuah stim ala Thai

1. Gorengkan bawang putih di dalam kuali sehingga warna kuning keemasan.
2, Padamkan api dan masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, sos tiram, 1 sudu kecil gula, cili hijau, cili merah,
lebihan serai dan perahan jus limau.
3. Rasa dahulu kuahnya dan tambahkan air, garam dan gula mengikut citarasa sendiri.
4. Kemudian, kacaukan kuah sehingga semuanya sebati.

Langkah terakhir
1. Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
2. Kukuskan lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit.


 

ep2p-2