My Kuali: Nasi arab kabsah

dulu kalau nak makan nasi arab tempat kami tuju adalah di seksyen 7 di Rawsha Restaurant atau pun di restaurant Hadramawt di Gelnmarie tu. tapi sejak ber pkp dan ber pkpb ni memang tak makan dah kat luar…. kalau nak makan tapi tak rajin food panda dan grab jer. tapi sebenarnya kak rose lebih suka kalau dapat masak sendiri nasi arab ni… dan dah berkali2 lah buat nasi arab kabsah ni sebabnya rempah yang ada stok cuma ni jer… so bertabah jer lah ya. nasib baik tukang makan pun ok jer walaupun dah berkali3 buatnya.. jom tengok resepinya..

Bahan-Bahan:

1kg beras Basmati(rendam 30minit)
Ayam 1 ekor dipotong 12 bahagian.
3 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
3-4 biji cili hijau 

Minyak Zaitun untuk menumis.
3 sudu besar rempah kabsah (kak rose guna ready made rempah)

(kalau nak buat from scratch resepi ada kat bawah ya)
1 biji buah tomato dipotong dadu

Cara Masak:
Tumis bawang dan cili hijau dan tomato yang telah dimayang sampai wangi. 
Masukkan rempah kabsah.
Selepas
garing masukkan ayam dan masak sampai kering airnya. masukkan air dan
beras diikuti dengan garam. Boleh juga ditambah setengah cawan susu
cair.Selepas nasi masak,letakkan sedikit minyak sapi.

**
cara kak rose: perap ayam dengan rempah kabsah dan biarkan dalam sejam,
pas tu rebus sekejap. keluarkan ayam dan air rebusan jangan dibuang,
guna untuk masak nasi pulak.. lepas tu ikut cara seperti diatas. tak de
tambah susu, nasik dah masak elok.

Sos Harrah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
1sudu tomato paste
daun ketumbar
garam
gula

Kisar semua bahan tanpa air.
Sedia utk dihidangkan

Salad Arab
3 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang timun (dipotong dadu)
1 biji bawang besar
4 biji cili padi hiris
2 biji cili hidup hiris
Daun ketumbar
1 sudu kecil garam dan sedikit serbuk lada hitam
lemon sebiji
2 sudu gula
1 sudu yogurt plain (kak rose omit yang ini)

Campurkan semua bahan dan gaul rata


 

ep2p-5small