Spesifikasi Moto G Stylus 2021 Tertiris – Dijana Dengan Snapdragon 6xx Terbaru – Amanz

Awal tahun ini, Motorola telah hadir dengan peranti kelas pertengahan dengan stilus terbina – Moto G Stylus. Peranti ini membolehkan mereka dengan bajet rendah merasai pengalaman seakan menggunakan peranti mercu Galaxy Note. Menurut sumber, ramai yang minat dengan peranti ini sehinggakan Motorola bakal hadir dengan edisi 2021.

Moto G Stylus 2020

Spesifikasi Moto G Stylus 2021 telah pun tertiris. Apa yang menarik adalah, ia akan dijana dengan cip Snapdragon 6xx terbaru. Cip ini adalah pengganti kepada Snapdragon 675 yang pada ketika itu memfokuskan permua untuk kelas pertengahan. Skrin pula adalah 6.81-inci dengan resolusi 1080 x 2400, memori 4/128 GB dan sistem kuad-kamera dari lensa 48MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto 16MP.

Sistem sekuriti adalah pengimbas cap jari di sisi peranti, bateri kekal dengan 4000mAh, tiada NFC dan akan menjalankan sistem operasi Android 10.

ep2p-5small