Semua sekolah di seluruh negara tutup mulai Isnin, tarikh peperiksaan dipinda

CYBERJAYA – Semua sekolah yang ditadbir Kementerian Pendidikan Malaysia – termasuk di negeri yang tidak dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat – akan ditutup mulai esok sehingga hari akhir persekolahan.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran Malaysia penutupan semua sekolah termasuk kolej vokasional seluruh negara bermula 9 November hingga 17 Disember 2020.

Tarikh peperiksaan SPM/SVM/STAM dipinda dan akan bermula 22 Februari tahun depan manakala peperiksaan STPM akan bermula 8 Mac 2021. Perincian semua peperiksaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang penutupan sekolah dilaksanakan secara home based learning.

ep2p-2