Samsung Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran Galaxy Note20 – Amanz

Samsung Galaxy Note20 dan Note20 Ultra 5G dilancarkan pada penghujung Ogos yang lalu. Ramai yang merungut versi asas Note20 ditawarkan dengan panel belakang yang diperbuat daripada polikarbonat dan bukannya kaca walaupun dijual pada harga yang tinggi. Menurut laporan The Elec, Samsung telah mengurangkan pengeluaran siri Note20 selepas sambutan adalah lebih rendah dari jangkaan.

Pada bukan Oktober hanya 600,000 siri Note20 dihasilkan yang adalah lebih rendah dari sasaran pengeluaran asal 900,000 ribu unit. Lebih menarik ialah nisbah pengeluaran Note20 Ultra kepada Note20 ialah 2:1. Walaupun dijual pada harga lebih tinggi, pengguna lebih memilih untuk membeli Note20 Ultra. Penganalisis meramalkan kerana jualan Note20 yang tidak mencapai sasaran inilah Galaxy S21 akan dipasarkan lebih awal iaitu Januari 2021.

Di Malaysia siri Note20 tahu ini kami sedari kurang mendapat sambutan kerana ramai merungut ia menggunakan Exynos 990 sedangkan di pasaran lain cip Snapdragon 865+ digunakan. Sekiranya jualan siri Note terus merudum, terdapat ura-ura ia akan dihentikan sebelum digantikan pula oleh Z Fold sebagai peranti mercu untuk separuh tahun kedua.

ep2p-2