Pengguna Menghabiskan Masa Lebih Lama Atas-Talian Sejak Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Awal – Amanz

Google kini telah berkongsi laporan berkaitan perkembangan arena ekonomi digital di Asia Tenggara, sekaligus berkongsi beberapa data menarik berkaitan dengannya.

Melalui pengamatan, ia dilihat pengguna di rantau Asia Tenggara kini menghabiskan masa lebih lama secara atas-talian sejak daripada Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan wabak Covid-19.

Untuk pengguna Malaysia, sebelum ini, secara purata pengguna menghabiskan masa sekitar 3.7 jam setiap hari untuk kegunaan peribadi. Namun, ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula Mac lepas, ia menyaksikan pengguna menghabiskan masa lebih lama – mencapai 4.8 jam sehari.

Kini, pasca PKP yang pertama, pengguna di Malaysia dilihat menghabiskan masa sekitar 4.2 jam setiap hari secara atas-talian untuk kegunaan peribadi.

Bagi anda sendiri, berapa lama anda habiskan masa secara atas-talian sejak PKP ini?

ep2p-5small