Panduan Pengeluaran KWSP buat rawatan kesihatan sendiri dan keluarga

Tahukah anda boleh membuat pengeluaran KWSP untuk rawatan anda dan keluarga?Di zaman yang moden dan serba canggih ini,kos perubatan adalah sangat mahal terutamanya yang melibatkan swasta.

Pengeluaran KWSP

KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/ atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Tujuan pengeluaran

Selain pengeluaran untuk rawatan kesihatan, ahli juga boleh membuat pengeluaran untuk tujuan berikut:

  • Pendidikan
  • Rawatan Kesuburan
  • Beli Rumah
  • Bina Rumah
  • Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  • Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  • Perumahan Fleksibel
  • Perumahan PR1MA
  • Haji
  • Simpanan Melebihi RM1juta

Kelayakan permohonan untuk pengeluaran KWSP

Untuk membuat permohonan pengeluaran :

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
  • Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP
  • Tidak mendapat rawatan alternatif

Individu yang layak dibiayai

Ahli boleh mohon pengeluaran untuk biayai individu berikut:

  • Diri sendiri
  • Ibu bapa
  • Pasangan
  • Adik beradik
  • Anak-anak

Rawatan yang layak untuk pengeluaran

  1. Kanser
  2. Sistem Kardiovaskular
  3. Endokrin/Perubatan
  4. Gastroenterologi/Hepatologi
  5. Sistem genitourinari
  6. Hematologi
  7. Sistem saraf
  8. Oftalmologi
  9. Ortopedik
  10. Sistem Pernafasan
  11. Penyakit kanak-kanak di bawah 16 tahun
  12. Penyakit Mental
  13. Sistem Muskuloskeletal
  14. Rheumatologi
  15. Lain-lain penyakit

Lebih lanjut,boleh klik pautan DI SINI.

Info tentang pengeluaran

Pengeluaran Individu:

  • Jumlah kos rawatan sebenar ATAU
  • Keseluruhan simpanan dalam Akaun 2

Pengeluaran Bersama:

  • Jumlah yang dipohon
  • Simpanan Akaun 2 pemohon masing-masing
  • Baki kos rawatan setelah ditolak amaun pengeluaran pemohon terdahulu

Dokumen penting yang diperlukan

Permohonan pengeluaran yang melibatkan Institusi Perubatan dalam dan luar negara memerlukan dokumen sokongan yang mungkin berbeza bagi pembiayaan kesihatan. Jadi, semak senarai dokumen penting yang diperlukan di sini:

Panduan untuk memohon

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan peruntukan kewangan untuk rawatan kesihatan, anda boleh buat pengeluaran KWSP melalui 2 kaedah iaitu manual dan online.

Secara Manual

  • Bawa dokumen-dokumen yang lengkap ke kaunter KWSP untuk pengeluaran.

Secara Online

Sebarang pertanyaan dan info lanjut:

Boleh bertanyakan secara online melalui PERTANYAAN KWSP atau terus ke kaunter KWSP cawangan berdekatan anda

ep2p-2