Panduan myASNB Pendaftaran,penyemakan dan pengeluaran ASB Online

Pengumuman portal myASNB adalah satu pengumuman yang menarik dan memberi manfaat untuk pengguna Amanah Saham Nasional Berhad.

Tahukah anda boleh membuat segala transaksi melibatkan penyemakan dan pengeluaran ASB Online melalui portal MyASNB.

Panduan myASNB Pendaftaran,penyemakan dan pengeluaran ASB Online

Sekarang semuanya hanya di hujung jari sama ada melalui Phone atau laptop di rumah tanpa beratur panjang di kaunter.

Pendaftaran myASNB

Bagi yang tidak tahu,portal myASNB adalah portal milik Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).Di portal ini kita boleh membuat pengeluaran ASB Online dan penyemakan Baki & Dividen

pengeluaran online ASB
Pendaftaran myASNB online ASB

Sebelum membuat pendaftaran,kita kena kemaskini dahulu segala butiran peribadi melalui mana-mana cawangan ASNB atau ejen sah ASNB ; contohnya pejabat pos.Beritahu kaunter yang kita nak guna myASNB online

Selepas membuat kemaskini,Barulah kita dapat membuat pendaftaran di portal tersebut.

1. Buka Laman Web myASNB

Pergi ke www.myasnb.com.my

pendaftaran ASB Online step 1

2. Daftar

Klik ‘Daftar di sini’.

pendaftaran ASB Online step 2

Baca notis pemberitahuan dan klik ‘Teruskan’

Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat (T&C). Tandakan kotak untuk menerima T&C dan klik ‘Setuju’

3. Isikan Butiran

Isikan butir-butir akaun ASNB anda seperti yang tertera di skrin.

Klik ‘Seterusnya’ untuk meneruskan. 

Sahkan nombor telefon bimbit anda adalah berpadanan dengan nombor yang didaftarkan dengan ASNB dan kemudian klik ‘Request TAC’.

Masukkan kod TAC seperti yang diterima melalui SMS dan klik ‘Seterusnya’.  

pendaftaran ASB Online step 3

Nota:

•             Jika anda tidak menerima TAC, sila klik ‘Hantar semula TAC’ selepas memastikan 4 digit terakhir nombor telefon yang dipaparkan adalah seperti yang didaftarkan.    

•             Sekiranya nombor telefon tidak dipaparkan atau tidak berpadanan, sila batalkan pendaftaran dan rujuk kepada cawangan ASNB terdekat. 

4. Cipta Akaun Portal myASNB   

•             Tentukan ‘Username’ atau ID Pengguna anda   

•             Masukkan Frasa Selamat   

•             Pilih TIGA soalan keselamatan dan masukkan jawapan yang berkenaan   

•             Klik ‘Tamat’ untuk melengkapkan pendaftaran

endaftaran ASB Online step 4

*Anda diingatkan supaya menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan.

Setelah pendaftaran berjaya, anda akan diberikan kata laluan sementara untuk log masuk kali pertama.

pendaftaran ASB Online step 5

Nota:

•             Jika nombor telefon bimbit anda telah disahkan semasa melengkapkan pendaftaran portal, kata laluan sementara anda akan dihantar melalui SMS. 

•             E-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda. Sila sahkan email melalui pautan ‘Verify Email’ yang dihantar.

•             Setelah pendaftaran selesai, anda dikehendaki membuat Log Masuk Kali Pertama dengan menggunakan kata laluan sementara.

•             Kata laluan sementara yang diberikan oleh Portal myASNB akan sah selama 30 hari. Sekiranya anda tidak melakukan Log Masuk Kali Pertama dalam tempoh 30 hari tersebut, pendaftaran anda akan dikeluarkan daripada sistem.

5. Log Masuk Kali Pertama

Klik ‘Log masuk’ pada halaman yang memaparkan kata laluan sementara anda.

Anda juga boleh klik ‘Log masuk’ selepas kembali ke halaman utama myASNB.

pendaftaran ASB Online step 6

Masukkan ID Pengguna dan diikuti dengan kata laluan sementara.

pendaftaran ASB Online step 7

Selepas itu, sistem akan meminta anda supaya menukar kata laluan yang baru.

pendaftaran ASB Online step 8

Kemaskini dan tukar kata laluan untuk tujuan keselamatan.

Kemudian, log masuk semula menggunakan kata laluan yang baru tadi.

pendaftaran ASB Online step 9
pendaftaran ASB Online step 10

Selesai pendaftaran,sekarang anda dah boleh membuat semakan ASB anda dan pengeluaran ASB anda.

Boleh baca juga:

Cara Pengeluaran ASB Online

Untuk pengetahuan anda,bermula 20 April 2020 pelabur kini boleh membuat permohonan pengeluaran ASB secara online dimana had maksimum yang boleh dibuat pengeluaran hanya RM500 sahaja sebulan

Setiap Bulan boleh buat hanya 3 transaksi sahaja dan minima pengeluaran hanya Rm 100

Boleh rujuk segala Info mengenai pengeluaran ASB di Portal tersebut.

waktu operasi dalam talian myASNB adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu

Walau bagaimanapun, transaksi kewangan adalah terhad kepada waktu berikut:

  • Unit amanah harga tetap: Isnin – Ahad (7.00 pagi – 6.00 petang);  
  • Unit amanah harga berubah: Isnin – Ahad (7.00 pagi – 4.00 petang) tidak termasuk cuti umum.

Aplikasi telefon myASNB:

i) Google Playstore:

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pnb.myASNBmobile&hl=en

ii) Apply Apps Store

https://apps.apple.com/my/app/myasnb/id1456333347

Pertanyaan dan info lanjut

Pusat Khidmat Pelanggan ASNB :

  1. No telefon: 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam)
  2. Email:[email protected]

ep2p-2