Panduan Daftar Akaun SPA9 & Dapatkan ID Baru jika ada Akaun SPA8i

Dah daftar akaun SPA9 dan pernah mempunyai Akaun SPA8i? Setelah sistem permohonan kerja dalam Perkhidmatan Awam dinaik taraf ke sistem baharu, kini anda sudah boleh menggunakan sistem SPA9 untuk pendaftaran pekerjaan. Sekiranya anda masih belum pernah mendaftar SPA8i atau akaun telah tamat tempoh anda perlu buat Pendaftaran baru.

Panduan Daftar Akaun SPA9 & Dapatkan ID Baru jika ada Akaun SPA8i

Pemohon yang sudah mempunyai akaun SPA8i yang masih aktif juga perlu membuat pendaftaran untuk dapatkan ID baharu.

Jika pemohon tidak dapatkan ID baharu, anda akan mengalami masalah untuk log masuk ke SPA9.Jom kam kongsikan panduan di bawah untuk Panduan Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru jika ada Akaun SPA8i.

Panduan Daftar akaun SPA9

Dibawah kami kongsikan cara daftar untuk anda daftar selepas ini:

  1. Klik pautan spa.gov.my dan Klik Pendaftaran Pengguna
  2. Lengkapkan maklumat permohonan anda
  3. Tanda pada kotak Persetujuan dak klik Daftar baru Log Masuk
  4. Masukkan No. Kad pengenalan dan Kata laluan baru anda dan klik Log Masuk

    Boleh ikuti melalui panduan gambar dibawah:

Panduan daftar SPA9

Tahniah anda berjaya dapatkan id baru dan boleh kemaskini maklumat dan maklumat permohonan jawatan seperti biasa.

Sekiranya anda tidak membuat pendaftaran seperti di atas, anda mungkin akan mengalami masalah log masuk. Tujuan pendaftaran semula ini dilakukan adalah untuk kemaskini kata laluan anda.

Maklumat permohonan jawatan yang lepas dari SPA8i masih kekal dan wujud, pemohon hanya perlu kemaskini maklumat seperti yang diminta sahaja.

Serba sedikit mengenai pendaftaran pekerjaaan SPA9 yang terbaru

Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);

Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran;

Pendaftaran pekerjaan adalah tertakluk kepada Dasar One Step Lower, iaitu:

a. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

b. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.

c. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan. Pemohon dinasihatkan untuk mendaftar dan memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan pemohon.

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan sistem SPA9, anda boleh hubungi atau bertanya terus ke laman Sistem ePertanyaan SPA

ep2p-2