My Kuali: Tumis labu air

 sayur sempoi, kak rose makan tanpa nasi.

Bahan-bahan

  • sebiji kecil labu air (pastikan ia muda) – buang kulit dgn pengupas timun & dipotong dadu.
  • setengah cekak suhun @ so’un
  • semangkuk kecil fish ball. boleh jer gantikan dengan isi ayam(hiris nipis) @ udang basah
  • 7 biji bawang merah,5 ulas bawang putih & 2cm halia muda – dihiris
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam, 1/2 senduk minyak utk menumis
  • (kak rose tambah carrot )

Cara-cara

  1. panaskn minyak,tumis bahan2 hiris hingga wangi lalu masukkan fish ball, lalu masukkan 2 mangkuk air.
  2. biar mendidih seketika pastu masukkan labu
    air dan carrot. .biar mendidih 3 minit lalu masukkan suhun. masukkan juga serbuk
    lada hitam. garam & secubit gula.biar mendidih seminit,tutup api
    dapur & tutup rapat periuk dlm 5 minit utk empukkan labu. kemudian
    renggangkn tutup periuk utk elakkan labu jd lembik.
  3. bolehlah dihidang panas atau sejuk..

 

ep2p-5small