My Kuali: Sandwich pisang bakar

 Buat lagi sandwich pisang bakar ni… sedapppp

sejak pertama kali buat, asik teringat ingat jer nak buat dan makan lagi… bila beli pisang tu, simpan sikit untuk buat ni.kak rose guna pisang berangan yang montoks montoks ni. bila dah ripe sangat memang manis sangat pisang ni… sangat sedap untuk buat snek ni

tamak kalau membeli, satu sikat besoooo ni memang lambat lah nak abesnya sampai lah jadi ripe sangat… instead of buat cekodok, kita buat lagi lah sandwich pisang bakar ni. untuk 4 keping roti ni kak rose guna 3 biji jer pisangnya..

dah lah manis, tabur gula pulak atas tu… berganda2 manisnya. tapi sedap lah sebab guna gula perang

 

bersauna dalam oben… kalau nak sampai rangup cam ni memang kena amik masa sikit lah masa membakarnya… tapi hasilnya memang umppphhh rangup krup krap gitu.

Roti sandwich pisang bakar
by. @kualihelena

roti sandwich
marjerin
telur
pisang, hiris nipis
gula perang

Sapu roti dengan marjerin depan dan belakang
Susun roti diatas tray yang telah dilapik dengan baking paper. kak rose tak alas pun
Kocok sebiji telur dan sapukan diatas roti.
Susun pisang dengan kemas di atas roti tadi.
Sapukan telur lagi di atas roti, sapu tebal tebal.
Tabur gula perang di atasnya.
Bakar pada suhu 180°c api atas bawah hingga kecoklatan.
Roti sandwich pisang bakar is done!


 

ep2p-2