My Kuali: Potato salad

laaaaama tak buat salad macam ni… dan kali ni nak jugak buat walaupun tak cukup bahan.. gigih google cari bahan untuk substitute mayonis. macam2 boleh gantikan kalau tak de mayonis ni… dan salah satunya kak rose guna telor rebus yang dilecek bersama dengan kentang tu… kuning lah kejadian salad kentang kak rose disebabkan telor tu… meh tengok resepinya…

Bahan-bahanya

3 biji kentang ( direbus dan dilecek)

1/3 batang carrot

1/2 batang timun

1/4 biji bawang besar

3 sudu besar mayonis – kak rose gantikan dengan telor rebus

sedikit garam

1 batang sosej ayam ( direbus dan dihiris halus)

Cara-caranya

1. Hiris nipis timun, carrot dan bawang besar, kemudian gaul sebati dengan 1 sudu kecil garam dan
curahkan 1 cawan air, wrap kemas dan ketepikan. Biarkan selama lebih
kurang 10 minit.

2. Setelah 10 minit, tapis sayur tadi bagi
keluarkan air, tekan sedikit untuk mengeluarkan air yang berlebihan, di
dalam bekas, masukkan kentang yang telah dilecek bersama telor rebus,
timun, lobak merah dan bawang besar serta sosej, gaul sebati.

3. Sedia untuk dihidangkan, tak perlu masuk garam atau gula, sesuai dijadikan menu bentou ( bekal) atau di makan begitu sahaja.


Jika mahu letakkan satu biji telur rebus yang telah dilenyek pun
boleh, lagi creamy rasa potato salad ni nanti. Selamat Mencuba. 

 

yang ni kak rose pernah buat guna mayonis, rasanya pasti lebih umphhhh lah kan dan kaler pun nampak cantik jer…

 

ep2p-2