My Kuali: Cucur kentang sagat

Bahan-bahan:-



3 biji kentang ( sagat halus ) ~ sagat kasar pun bleh


4 sudu besar tepung jagung


3 sudu besar tepung gandum


1 biji telur


Daun bawang/daun sup


Serbuk lada sulah


Garam dan sedikit gula


Minyak untuk menggoreng



Cara:-


  1. Satukan
    kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun
    bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula. Gaul sebati
  2. Panaskan
    minyak dan sudukan adunan. Goreng agak2 leper dan balik2kan. Tunggu
    sampai masak. Boleh diangkat dan siap..makan cicah sos thai sedapp

garing rangup krup krap krup krap…makan hangat2 bersama nescafe o dipetang hari…  tapi sayang tinggal dua keping ni baru lah teringat nak snap gambo… sabo jer lah!
 

ep2p-2