Masak lemak fucuk dan suhun

ni lah kalau asik terpandang tayangan amal di ig atau pun blog… mesti tekak nak jugak merasanya masakan simple dan sedap cenggini. kebetulan dua bahan ni sentiasa ada dalam stok, so boleh lah terus mencuba untuk hidangan tengahari kan.. dan yang ni kak rose gandingkan dengan sambal totok ikan bilis, bertambah en asben makan nasik! eh… kak rose pun sama gak, meratah sayur lemak ni……

Bahan-bahan:
1. Fucuk dan suhun dipotong kecil dan direndam supaya lembut.
2. 1 kotak kecil santan Kara.
3. 1/2 labu bwg besar – dihiris. 
4. 1 biji cili merah.- dihiris.
5. sedikit udang kering, ditumbuk kasar
6. garam , gula dan serbuk perasa.
7. sedikit daun sawi

Cara-caranya :
1. Masukkan santan kotak bersama 2 cawan bersama bawang dan udang kering
2. Biarkan mendidih dan masukkan fucuk dan suhun
3. Kacau gaul sentiasa agar santan elok sekata .
4. Perisakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa dan juga daun sawi. Kacau lagi dan     
     boleh la diangkat.

 

ep2p-5small