Cara perbaharui Online Lesen Memandu/MyKad dan Passport 2020

Di zaman teknologi yang serba canggih ini,semua benda dilakukan secara online termasuklah memperbaharui informasi penting diri seperti lesen memandu/maykad dan passport.Melalui satu kenyataan,JPJ memaklumkan sistem ini akan mula beroperasi pada 9 Oktober.Manakala bagi lesen memandu kompeten (CDL) boleh diperbaharui online mulai 16 Oktober 2020.

renew dan perbaharui Online Lesen Memandu 2020

Cara untuk renew online Lesen Memandu/MyKad dan Passport 2020

Adakah anda sudah maklum yang anda boleh perbaharui secara online Lesen Memandu/MyKad dan Passport?Disini kami akan berkongsi segala maklumat berkenaan perkara ini.

Cara Perbaharui secara Online Lesen Memandu

  1. Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/ dan sekiranya anda belum ada akaun MyEG anda dikehendaki untuk mendaftar dahulu.
  2. Selepas itu anda perlu login dan boleh memilih kawasan JPJ yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.
  3. Kemudian klik pada ‘Driving License Renewal’, iaitu memperbaharui lesen memandu anda.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan dan pilih cara pembayaran anda. Sebelum membuat pembayaran, sila pastikan bahawa semua maklumat yang diisi adalah tepat.
  5. Selepas pembayaran selesai, anda dikehendaki untuk mengumpul atau mencetak resit anda dan simpan (sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada JPJ -sekiranya ada sebarang masalah)
  6. MyEG akan menghantar lesen pemandu baru kepada anda berdasarkan alamat yang anda isi.
  7. Hantaran ke Lembah Klang akan perlu membayar RM5 untuk kos penghantaran. Untuk Semenanjung Malaysia, kos penghantaran adalah RM6 dan RM10 untuk Sabah & Sarawak.

NOTA:

Cara Perbaharui secara Online Mykad

Untuk makluman anda, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah melancarkan satu sistem dalam talian/online untuk membolehkan semua rakyat Malaysia renew MyKad mereka secara online.

Sistem untuk memperbaharui MyKad secara online dibuka hanya dari Isnin hingga Jumaat dari 7:30am hingga 4:00pm saja.

  1. Layari laman web rasmi JPN di https://mykadganti.jpn.gov.my/
  2. Bagi yang membuat pembaharuan dalam talian kali pertama, anda perlu mendaftar satu akaun baharu dahulu.
  3. Masukkan semua maklumat peribadi yang diperlukan.
  4. Ini termasuk lokasi pejabat pendaftaran kebangsaan yang anda pilih untuk menerima kad kredit anda.
  5. Apabila anda memperbaharui MyKad dalam talian, anda perlu membayar yuran pembaharuan secara langsung dan mencetakkan resit dengan printer anda.
  6. Selepas itu, bawa resit ke Pejabat Pendaftaran Negara yang anda pilih dalam sistem untuk mengambil MyKad anda.
Cara Perbaharui secara Online Passport

migresen Malaysia juga telah melancarkan satu sistem untuk memperbaharui passport secara online iaitu ‘My Online Passport’

Cara untuk renew passport anda secara online adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web yang kami sediakan: https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport
  2. Baca terma dan syarat dengan teliti kemudian klik ‘Setuju’
  3. Pilih kategori umur pemohon, masukkan nombor pasport, nombor ID dan maklumat lain, serta lokasi menerima cawangan imigresen pasport.
  4. Selepas itu, anda perlu mengisi maklumat, memuat naik foto yang patut dengan format dikehendaki.
  5. Teruskan dengan proses pembayaran.
  6. Anda mesti mencetak resit passport keluar. Kemudian bawa resit bersama dengan pasport lama dan kad pengenalan anda ke Cawangan Imigresen yang ditetapkan untuk mengutip pasport terkini.

Kesimpulan

Akhir kata,di dunia yang serba maju ini semua benda hanya dilakukan di hujung hari.Kerajaan ingin memudahkan kita untuk buat urusan penting ini tanpa perlu beratur panjang di kaunter berkenaan lebih-lebih lagi di zaman pandemik Covid-19 ini.

Semoga Panduan ini dapat membantu anda untuk anda uruskan perbaharuan dokumen-dokumen penting anda.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

ep2p-2