Cara daftar i-Akaun dan semak penyata KWSP Online

Pernahkah anda semak penyata KWSP anda secara online?Jika belum,di sini kami akan huraikan cara untuk anda daftar i-Akaun dan semak penyata anda.

Cara daftar i-Akaun dan semak penyata KWSP Online

Sebenarnya kita mempunyai banyak kelebihan apabila kita menjadi ahli KWSP.Bukan sekadar menyimpan untuk hari tua, wang KWSP juga boleh dikeluarkan sebahagiannya untuk digunapakai dalam kes-kes tertentu seperti:

  • membeli rumah / hartanah
  • mengurangkan pinjaman perumahan
  • menyelesaikan pinjaman pendidikan
  • menerima rawatan kesihatan di institusi perubatan dalam negara

Boleh baca: Semua Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Sebelum Usia 55 Tahun

Cara semak penyata KWSP Online

KWSP telah memberi kemudahan untuk akses simpanan KWSP anda melalui i-Akaun (Ahli), di mana anda boleh menyemak dan melihat transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan cepat dan jimat tanpa pergi ke kaunter.

Sebelum anda semak penyata KWSP anda,pendaftaran i-Akaun (Ahli) perlu di aktifkan untuk membuat penyemakan.

Cara membuat pendaftaran i-Akaun ringkas dan mudah

Pendaftaran i-Akaun boleh dilakukan melalui dua cara:

Secara Manual (berurusan di kaunter / kios KWSP):

  • Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat / kios KWSP berdekatan.

Melalui e-mel :

Muat turun borang dan hantarkan borang lengkap bersama dokumen yang diperlukan ke e-mel [email protected].

Tunggu maklumbalas daripada e-mel untuk mendapatkan ID & Kata Laluan sementara anda.

Selepas mendapat id dan kata laluan sementara,boleh ikut langkah demi langkah untuk daftar dibawah:

  1. Log Masuk Dengan ID Sementara
    Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk mengaktifkan akaun.
  2. Perlu diingat, pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari selepas ianya diterima.
  3. Tetapkan Semula ID Pengguna, Kata Laluan & Frasa Rahsia
    Seterusnya, pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
  4. Apabila pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
  5. Log Masuk Dengan ID Baru
    Log masuk dengan maklumat akaun baru anda yang baru ditetapkan sebentar tadi..

Selesai,anda sudah boleh membuat semakan untuk penyata KWSP anda.Untuk menyemak baki akaun KWSP, terus klik pada tab ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’.

Penyata Akaun 1 dan Akaun 2 berserta jumlahnya akan dipaparkan secara terperinci untuk semakan anda.Ia juga boleh dicetak untuk kegunaan dokumen sokongan dalam membuat pinjaman perumahan dan sebagainya.

Boleh baca juga:

  1. Panduan Pengeluaran KWSP buat rawatan kesihatan sendiri dan keluarga
  2. Panduan daftar haji melalui KWSP tanpa deposit
  3. Panduan urus tukar penama KWSP dan Tiada penama
  4. Panduan Status Pengeluaran & Jadual Pembayaran 2020 I-Lestari KWSP

Permohonan untuk membuat pengeluaran

Selain untuk membuat semakan penyata KWSP sistem i-Akaun juga memudahkan pencarum memohon pengeluaran KWSP untuk pelbagai tujuan.

Terdapat 10+ jenis pengeluaran KWSP yang perlu anda tahu.

Untuk membuat pengeluaran KWSP pada tahun 2020, caranya mudah sahaja.

Tekan pada button Pengeluaran dan isi semua maklumat yang diminta.

Pengeluaran KWSP

Pegawai KWSP akan menghubungi anda untuk untuk pengesahan pengeluaran.

Langkah-langkah untuk elakkan sebarang kecurian maklumat login i-Akaun anda:

  • Jangan dedahkan ID Pengguna dan kata laluan kepada sesiapa
  • Jangan berikan ID Pengguna dan kata laluan anda melalui emel atau telefon
  • Tukar kata laluan secara berkala
  • Jangan gunakan fungsi “Remember Password”, kerana maklumat anda akan mudah diakses oleh penggodam komputer
  • Keluar atau ‘Log Out’ dari https://secure.kwsp.gov.my sebaik sahaja anda menyelesaikan aktiviti di i-Akaun
Aplikasi smartphone untuk log masuk ke i-Akaun

Selain melalui website,anda boleh download aplikasi berikut untuk menyemak penyata anda:

  1. Aplikasi i-Akaun di Google Apps Store
  2. Aplikasi i-Akaun di Apple Apps Store
Sebarang pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Boleh layari https://www.kwsp.gov.my/ms/home untuk melihat sebarang pengumuman terkini atau boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000 untuk pertanyaan tentang pendaftaran i-Akaun.

ep2p-2