Agong perkenan anugerah pingat PGB kepada dua anggota PGA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah, berkenan menganugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada mendiang Sarjan Baharuddin Ramli dan Sarjan Norihan Tari, dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terbabit dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand.

Perkenan itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

“Sebagai mengenang jasa anggota terbabit, saya mewakili kerajaan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan menganugerahkan pingat PGB kepada kedua-dua anggota terbabit.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga memperakukan kenaikan pangkat Sarjan kepada kedua-dua anggota terbabit,” katanya.

-BERITA HARIAN

ep2p-5small