Portal SPA9 bakal gantikan SPA8 untuk Permohonan Kerja Kerajaan

Kepada pemohon pekerjaan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia! Pemohon kerja sila ambil perhatian dengan perubahan dalam sistem permohonan kerja Perkhidmatan Awam ini. Mulai 28 September, setiap permohonan kerja kerajaan perlu melalui sistem terbaru SPA9 yang akan menggantikan SPA8i sebelum ini.

Portal SPA9 merupakan sistem pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam yang boleh diakses melalui spa9.spa.gov.myP erkara ini diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA Malaysia) di Twitter rasmi mereka.

Permohonan Portal SPA9

Dimaklumkan bahawa penutupan Borang SPA8i bagi kerja-kerja menaik taraf ke sistem baharu iaitu Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) sedang dilaksanakan hingga tarikh yang ditetapkan.

Setelah kerja menaik taraf selesai, permohonan kerja dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak lagi akan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).

Portal SPA9 bakal gantikan SPA8

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) sepenuhnya menggantikan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) mulai 28 September 2020.

Cara untuk mendaftar (SPA9)

permohonan spa9

Sekiranya anda sudah membuat pendaftaran permohonan kerja melalui sistem SPA8i, anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran baru untuk sistem baru, SPA9. Anda boleh gunakan SPA9 untuk semak status permohonan terkini dan buat permohonan baru.

Bagi pemohon yang ingin memohon kerja dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPA) tetapi masih belum membuat pendaftaran di SPA8i, anda perlu membuat pendaftaran baru melalui SPA9 yang akan dibuka nanti. Sebarang hebahan terbaru mengenai permohonan kerja di SPA9 akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Sebarang pertanyaan dan makluamt lanjut:

Untuk proses permohonan baru / semakan status permohonan, anda boleh rujuk pautan dibawah :

Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9)

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Hotline SPA di talian 03-8091 9000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA di pautan https://aduan.spa.gov.my

ep2p-5small