Permohonan semakan rayuan serta Kadar Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Menurut Perutusan Khas Perdana Menteri, Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan diberikan mengikut kategori yang terpilih.Bantuan Prihatin Nasional 2.0 atau BPN 2.0 adalah sambungan daripada bantuan BPN yang diberikan sebelum ini yang diberi tumpuan kepada golongan B40 dan M40 dengan peruntukkan keseluruhan sebanyak RM7 billion melibatkan 10.6 juta penerima.

Permohonan dan rayuan serta Kadar Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Tambahan lagi,bantuan tambahan ini akan disalurkan secara terus kepada penerima BPN yang telah layak sebelum ini dan iada permohonan baru atau sebarang kemaskini perlu dibuat.

KEMASKINI TERBARU BULAN OKTOBER:

Pertukaran Status perkahwinan dan Cara kemaskini

Ada dua keadaan dimana status berlaku dan anda perlu membuat kemaskini untuk mendapat bantuan sepadan dengan status anda:


Cara pembayaran dan kaedah Pembayaran BPN 2.0

Pembayaran BPN 2.0 kepada pemohon yang layak adalah seperti berikut:

Ada akaun bank:

  • Berjaya kredit: Kredit ke akaun bank
  • Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup): Tuntutan di Cawangan BSN

Ini bermaksud, sekiranya akaun bank yang anda gunakan untuk mohon BPN yang lepas sudah tidak aktif atau telah ditutup, anda perlu buat tuntutan wang bantuan di cawangan BSN pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Pemohon yang mempunyai akaun bank perlu menunggu wang bantuan masuk ke akaun bank seperti yang dijadualkan iaitu hujung bulan Oktober dan awal bulan Januari.

Tiada akaun bank:

Sekiranya pemohon tiada akaun bank, wang bantuan boleh dituntut di cawangan BSN melalui nombor siri pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Permohonan Baru BPN 2.0 dan pembayaran BPN 2.0 permohonan baru

NOTA PENTING:
Bagi yang tidak layak dan ingin memohon, anda boleh membuat permohonan baru bermula 15 Oktober 2020-15 November 2020.
Layari Portal Rasmi BPN di pautan bpn.hasil.gov.my

Anda juga boleh memohon secara manual dengan menghantar borang ke mana-mana cawangan LHDN terdekat.

Bagi permohonan baru,pembayaran akan dilakukan secara one-off pada bulan Januari 2021

Kami akan update dari masa ke semasa tarikh permohonan Baru.

Kadar BPN 2.0 Mengikut Kategori

Bantuan Prihatin Nasional 2.0
  1. RM1000 untuk B40 isi rumah
  2. RM500 untuk B40 bujang
  3. RM600 untuk M40
  4. RM300 untuk M40 bujang
fasa pembayaran BPN 2.0

Jangka masa pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua kali ansuran, pertama dibayar hujung bulan Oktober 2020 dan kedua pada bulan Januari 2021.

Bagi Golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300

Cara membuat permohonan BPN 2.0

Tiada permohonan yang harus dibuat bagi mendapatkan bantuan BPN 2.0. Bantuan akan disalurkan terus pada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan dalam BPN sebelum ini.

Tarikh Semakan permohonan BPN 2.0

Penyemakan status permohonan dibuka bermula 15 Oktober.Boleh guna pautan ini untuk semakan: Semakan BPN 2.0

Jika anda ingin membuat semakan permohonan BPN anda sebelum ini, Boleh klik ke pautan Portal Rasmi Semakan BPN.

Jika terlupa kata laluan, anda boleh hubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (untuk tujuan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

Rayuan Permohonan BPN 2.0

Tiada permohonan baru perlu dibuat sekiranya anda pernah menerima BPN sebelum ini.

Namun bagi anda yang cukup syarat kelayakan tetapi masih belum menerima BPN, rayuan dan permohonan baru akan dibuka nanti

Disamping pengumuman mengenai BPN 2.0,kerajaan juga memaklumkan lanjutan Program Subsidi Upah dan Geran Khas Prihatin untuk pekerja dan majikan yang terbabit serta terjejas akibat COVID-19.

Semoga dengan bantuan dari kerajaan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban pada yang terkesan pada pandemik ini.

ep2p-2