Permohonan dan semakan baru Program Subsidi Upah 2.0

Pengenalan mengenai Program Subsidi Upah

Program Subsidi Upah merupakan perluasan kepada Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program- ERP) iaitu bantuan kewangan segera bagi membantu majikan yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50% supaya dapat mengekalkan pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Program Subsidi Upah 2.0

Majikan perlu membuat tuntutan bagi pihak pekerja untuk pelaksanaan Program Subsidi Upah yang diumum kerajaan pada 27 Mac lepas iaitu pemberian RM600 kepada pekerja setiap bulan selama 3 bulan. Pemberian RM600 ini dikhaskan untuk majikan yang mempunyai lebih dari 200 orang pekerja.

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

Akhir sekali, bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat-syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.

Pengumuman Program Subsidi Upah 2.0

Bagi membantu para majikan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaan program terbabit dijangka memanfaatkan 1.3 juta pekerja dan membabitkan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion.

Kelayakan untuk semakan Program Subsidi Upah

  • subsidi upah diberi kepada majikan yang masih terjejas iaitu syarikat yang sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tahun lalu.
  • subsidi upah diberi hingga tiga bulan kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja hingga maksimum 200 pekerja

Tarikh Permohonan PSU 2.0

  • Permohonan dibuka dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.

Permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan di bawah Program Subsidi Upah 2.0, mereka layak menerima subsidi upah sehingga 6 bulan.


Cara membuat permohonan

NOTA:
Kami akan kemaskini dari semasa ke semasa apabila hebahan rasmi terbaru kami terima.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO
No Telefon:03-4264 5555 / 03-8091 5100 / 1-300-22-8000
Email: [email protected]

ep2p-5small