Penduduk Selangor Dan Ahli MT UMNO Puji Usaha Ranhill SAJ

KUALA LUMPUR: Usaha Ranhill SAJ membantu penduduk Selangor yang terlibat dalam gangguan bekalan air sejak beberapa hari lepas mendapat pujian daripada penduduk Selangor dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) Datuk Razlan Muhammad Rafii.

“Menteri Besar Selangor patut belajar bagaimana memberi perkhidmatan kepada rakyat. Itulah perbezaan antara Air Selangor dengan Syarikat Ranhill SAJ, itulah kemanusiaan” tulis Datuk Razlan didalam twitternya.

Sementara itu, penduduk Selangor yang dikenali Azhar, memuji langkah kemanusiaan Ranhill SAJ membantu mereka yang terjejas akibat gangguan bekalan air yang berlaku.

“12 buah lori tangki air Ranhill SAJ dekat negeri Selangor yang telah membantu kami,

“Nak harapkan kerajaan negeri Selangor, dia letak jauh-jauh, lihat cara Ranhill SAJ bantu, mereka letakkan lori-lori tangki air di sekitar taman, ini lah sepatutnya kerajaan negeri Selangor patut lakukan,

Kalau rumah MB tak ada air, syarikat Air Selangor hantar depan rumah beliau, kalau rakyat mereka letak jauh-jauh sehingga menyusahkan penduduk,” ujarnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada syarikat Ranhill SAJ yang membantu penduduk Selangor. 12 buah lori tangki air yang datang dari Johor membuktikan kprihatinan mereka kepada penduduk Selangor.

Azhar juga kesal dengan Menteri Besar Selangor yang banyak bermain politik, beliau menyarakankan agar MB Selangor letak jawatan atau tukar CEO Air Selangor supaya permasalahan gangguan bekalan air yang kerap berlaku dapat diatasi.

Seramai 1,196,457 pemegang akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, selepas 4 LRA Sungai Selangor dihenti tugas ekoran pencemaran bau pada Isnin lalu. –SuaraTV

 

 

 

 

 

ep2p-5small