My Kuali: Nasi lemak untuk breakfast

nasi lemak untuk sarapan sementara ada kerajinan nak buatnya… sambal tumis tu kak rose memang buat banyak2 dan frozenkan… so bila nak makan cuma reheat je. mudahkan. pop corn chicken pun beli ready made, cuma nak kena gorengkan untuk digandingkan dengan nasik lemak ni. goreng telo guna acuna munger2 kasi cantik sikit dan jugak goreng ikan bilis, potongkan timun… sarapan is ready.

nasi lemak 7 minit jer guna periuk noxxa… posing bersama dayang pengiringnya..😋😋

Bahan- bahan:
– 3 cawan beras dicuci
– 1 1/2 cawan santan
– 2 cawan air
– 1 inci halia – dihiris atau dititik
– 1 biji bawang merah – dihiris kasar
– 1 batang serai – dititik
– 2 helai daun pandan
– 1 sudu kecil gula (kak rose tambah)
– Garam secukup rasa

Caranya:
– basuh beras dan rendam 30 minit, tuskan
– masukkan kesemua bahan ke dalam periuk noxxa. kacau rata
– tutup periuk dan laraskan tombol ke arah pressure
– teka high pressure 7 minit dan on
– bila periuk bunyi tit-tit, laraskan tombol ke steam. tekan off dan biarkan anggaran 5 minit
– buka penutup dan gemburkan nasi
– nasi sedia dihidang bersama dayang pengiring

ep2p-2