My Kuali: MLCP daging +kentang

bila datang rajin, nak jugak masak lemak cili api daging dengan kentang ni… sebenarnya kurang sikit kerajinan nak masak yang amik masa lama kat dapo cam ni… tapi bila tukang beli dah bawak balik daging n request nak makan gulai lomak… dan ini lah kejadiannya..  dan bila digandingkan dengan ikan masin gelama ni memang bertambah2 lah nasik nya… sayur tak de pun tak pe, potongkan jer timun. settled!

Bahan-Bahan
½ kg daging batang pinang (kak rose guna daging yg biasa jer)




2 batang serai





20 biji cili padi (kak rose bubuh sikit jer… ikut le kepedasan memasing ya!)





3 biji ubi kentang





½ inci kunyit hidup





2 atau 1 cawan santan pekat





1 cawan santan cair





1 helai daun kunyit (tak bubuh lak!!!)





sedikit garam





½ cawan air


sekeping asam 


Cara-Cara


  1. Blend cili api,kunyit hidup sehingga halus. (kak rose tumbuk je, lagi sedap tau)








2.
Kemudian masukkan bahan yang telah di blend, serai yg telah
dititik(ditumbuk sedikit)kedalam periuk. Masukkan daging dan tambah
sedikit air. Masak sehingga daging empuk.








3. Jika daging telah empuk masukkan santan





cair dan air tadi dan juga asam keping. Kemudian maskukan ubi kentang dan daun kunyit.








4. Apabila ubi kentang telah empuk, masukkan santan pekat dan garam.Tutup api.








Cadangan Hidangan:





Jika hendak pedas dan lebih kick, tambah lebih cili api.





Ini adalah resepi original negeri sembilan. Kalau tak nk guna ubi kentang boleh guna belimbing buluh.





Boleh juga kalau nk guna dg salai, tetapi kena letak belimbing buluh baru power.

 

ep2p-2