My Kuali: Macam2 ada…

Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari… hari ke 212 sejak bermulanya CMO, dan kini CMCO kali ke dua untuk Selangor, KL dan Putrajaya.. so duduk rumah diam2 jer lah ya.. dan ada banyak masa untuk menghadap pc… tepek macam2 menu snek untuk minum petang kami… kuih lapis tu tidak lah rajin nak buat…tapi tak rugi belinya sbb sedap sangat…dah tinggal dua ketui baru teringat nak amik gambo…😁

deli on the go… tapau masa singgah isi minyak kat shell… balik rumah just buat kopi jer.

kek buah beli gak, keropok lekor dan fries tinggal nak goreng, stok sentiasa ada dalam freezer

ubi goreng cicah dengan sambal kicap jawa ni memang pebret lah… rebus dulu ubi tu dan masa panas2 tu gaulkan dalam bancuhan batter dan deep fry… ikut cara arwah emak suka buat cenggini kalau goreng ubi, keledek atau pun keladi… gebus jer jadinya.

keropok lekor all the way from terengganu… sedap sebab sangat terasa ikannya…

air fryer samosa… to me ok jer but en asben kata no no…. dia nak jugak yang digoreng. cam ner lah nak istiqamah dengan healthy food kan!

selalu sangat tak rajinnya… pizza hut jadi penyelamat. tamak pulak tu kalau mengoder.. 2 large super supreme pan pizza. ha ha jenuh nak menghabiskan untuk kami anak beranak..

ni pun tapau jugak… lama tak buat kuih serimuka, boleh beli buat apa nak penatkan diri kan? alasannn!

keledek goreng cicah sambal kicap… nampak sangat kejawaan nya kan…

pandan rolls yang sedap… bertambah2 lemak menempek dan brisk walk pun dah lama tak buat… apa lagi masa sekarang… taman tempat berlenggang mak limah tu pun tak boleh dah nak pergi… covid punya pasal lah ni kan… bertabah jer lah dan semuga virus corona ni cepat berlalu… boleh lah kita kembali pada kebiasaan yang dulu… rindu nak bergader2 membaca surah Al-Kahfi dipagi jumaat…
 

ep2p-5small