My Kuali: Kuey teow goreng pulak…

 Selamat ber pkpp/pkpb hari yang ke 223 dan semuga pandemic ini cepat berakhir… Aamiin

dan bila ada tukang makan kat rumah, makanya tukang masak pun sentiasa kena rajin nak sediakan juadah untuk dinikmati bersama2… walaupun kekadang2 tu buntu nak masak apa, tapi akan sentiasa ada je menu yang terhidang dimeja. yang pastinya nak buat yang mudah dan cepat jer dapat makan.. jom kita goreng kuey teow pulak.. kak rose kurangkan bahan2 untuk masak sebungkus jer untuk kami berdua. resepi ni untuk panduan, so pepandai nak adjust lah ya.




7 ulas bawang putih – tumbuk kasar.



1 sudu besar cili kering kisar







1 ikat daun kucai

3 biji telor
















2-3 sudu besar kicap manis



Kuey teow dicuci dan asingkan satu persatu lapis supaya ianya senang dikacau rata. 





Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi. 

Kemudian masukkan cili kisar. 






Tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak 

Tuang sedikit air dan biarkan sehingga masak dan terbit minyak bagi memastikan cili benar benar garing. 

 Masukkan udang dan kacau rata. Kemudian masukkan semua bahan-bahan sos dan kicap. Kacau rata dan sesuaikan rasa

Kemudian masukkan kuey teow dan gaul rata. Ketepikan
sedikit kuey teow, tuang telur dan biarkan sehingga sedikit mengeras,
baru dikacau supaya telur berketul kasar. Kacau kuey teow dengan telur. 





Akhir sekali, masukkan daun kucai dan taugeh. Kacau rata. Boleh tambah kicap jika mahu warna yang lebih gelap


Kacau sehingga sebati semua. Kalau tak gelap boleh masukkan lagi kicap manis

 

ep2p-5small