My Kuali: Ayam panggang mudah

buat yang simple2 jer..

rasanya lama sangat tak makan ayam cenggini…. asik makan nasik jer kan, sesekali nak jugak bertukar menu tengah hari tu… en asben yang request nak makan simple2 cam ni… so tukang masak ni ikut kan jer lah… resepi ayam panggang ni sangat lah simple, yang pasti semua bahan ada kat dapo kan… jom kak rose kongsikan resepi yang kak rose dapat dari wall fb ni.. gorengkan fries, potongkan timun dan tomato sebagai dayang pengiring untuk ayam ni.

  1. 1 sudu kecil lada hitam
  2. 2 biji bawang besar

  3. 3/4 ulas bawang putih

  4. 1 inci halia

  5. 1 kiub ayam

  6. 1 sudu kicap manis

  7. Garam

 

Kisar semua bahan… gaulkan ayam dgn garam… lumur semua bahagian ayam… kemudian masukkan kicap! sapu rata pada seluruh bahagian ayam

Perap semalaman… letak bekas bertutup di bahagian chiller

Keluarkan dan biar pada suhu bilik,  bakar pada 180° selama 45 minit atau sehingga masak

Lebihan dari air panggang ayam tu akk rose tambahkan sedikit tepung jagung untuk jadikan sos untuk ayam panggang ni


 

ep2p-2