Kempen e-Dagang Shopee PENJANA:PKS terima manfaat Rm 1,500

e-Dagang Shopee PENJANA satu kempen yang akan memberi manfaat kepada PKS yang memohon.RM 1,500 akan diberikan secara percuma kepada kepada usahawan yang ingin memulakan perniagaan di Shopee.

e-Dagang Shopee PENJANA

Disini kami akan memberikan panduan lengkap dan cara-cara untuk anda sebagai usahawan untuk memohon melalui Kempen Shopee PENJANA ini.

e-Dagang Shopee PENJANA

Shopee menawarkan sebanyak RM1,500 kepada 30,000 perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PKS) dalam kempen e-dagang PENJANA yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC

Kempen E-Dagang PENJANA ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Bauce dan manfaat dari kempen

PKS baharu di Shopee layak mendapat baucar bernilai :

  1. RM1,000 untuk kedai Shopee untuk membantu usahawan PKS memulakan dan menjana hasil jualan.
  2. RM500 dalam kredit iklan untuk meningkatkan keterlihatan kedai dan produk di Shopee.

Maklumat Permohonan

Tempoh memohon:
Permohonan faedah Kempen e-Dagang PENJANA bagi platform perniagaan online Shopee ini dibuka sehingga 23 September 2020

Syarat-syarat untuk memohon:

  • Penjual mestilah usahawan PKS atau individu warganegara Malaysia.
  • Mendaftar sebagai penjual Shopee
  1. Mendaftar sebagai penjual Shopee mulai 30 Jun 2020 dan seterusnya.
  2. Merupakan usahawan mikro PKS tempatan dan individu dengan atau tanpa pendaftaran perniagaan.
  3. Mempunyai kurang daripada 10 pesanan yang disempurnakan sebelum 1 Julai 2020.

Langkah-langkah untuk memohon:
Sekiranya anda memenuhi dua syarat kelayakan di bawah anda boleh membuat permohonan mengikut cara-cara berikut:

  1. Layari laman web https://shopee.com.my/events3/code/986263060/
  2. Klik butang ‘Click Here’ di bahagian ‘Apply Now.’
  3. Log masuk dengan memasukkan no telefon/nama pengguna/email dan kata laluan.
  4. Isi maklumat berikut iaitu:
    – Nama penuh
    – Username Shopee
    – Nama kedai Shopee
    – Poskod
    – Pilihan baucer
  5. Tandakan pengakuan yang diberikan.
  6. Klik butang ‘>’ untuk menghantar permohonan

Sebarang Pertanyaan Lanjut

Boleh hubungi:

Pusat Panggilan Shopee di talian 03-2777 9222.

Semoga bermanfaat kepada usahawan kecil untuk memohon.Apalagi jom daftar Shopee!

ep2p-5small