Google Assistant Kini Tiba Ke Televisyen Pintar Samsung Model Tahun 2020 – Amanz

Bulan Julai lepas, kami melaporkan yang Samsung sedang mempertimbangkan untuk tidak lagi menyertakan Bixby dan Galaxy Store pada peranti mudah alih mereka. Tetapi disebabkan perkara itu masih belum kelihatan, Samsung mula mengambil langkah awal melalui televisyen pintar mereka.

Televisyen-televisyen pintar Samsung model tahun 2020, kini menyokong Google Assistant. Pengguna kini boleh menggunakan arahan suara Google Assistant untuk mengakses hiburan, menjawab soalan, mengawal peranti berhubung, dan banyak lagi. Apa yang anda boleh buat pada Google Assistant dalam telefon, kebanyakannya boleh dilakukan di televisyen juga. Pengguna hanya perlu melakukan tetapan ringkas untuk, tambat televisyen ke telefon. Kemudian Google Assistant sedia digunakan.

Buat masa ini fungsi ini terhad kepada televisyen 8K, 4K QLED, Crystal UHD, Frame, Serif, Sero dan Terrace. Sekali lagi, model yang disokong hanya model tahun ini sahaja.

ep2p-5small