Fungsi Ciapan Semula Twitter Diubah Sementara Kerana Pilihanraya Presiden A.S – Amanz

Jangan ubah tetapan pada peranti anda sekiranya menggunakan Twitter minggu ini. Tiada masalah pada peranti sebaliknya butang ciapan semula (retweet) memang telah diubah oleh Twitter minggu ini bagi menentang penyebaran berita tidak sahih sebelum berlangsungnya pilihanraya presiden Amerika Syarikat.

Sejak semalam pengguna merungut proses melakukan ciapan semula memerlukan butang retweet ditekan dua kali sebelum dihantar berbanding hanya menekan butang sekali sahaja sebelum ini. Dengan langkah tambahan ini, Twitter berharap pengguna akan membaca terlebih dahulu ciapan sebelum melakukan ciapan semula.

Selain itu Twitter juga akan melabel ciapan yang mempunyai maklumat yang tidak tepat atau tidak sahih di platform mereka. Jika ciapan semula ingin dilakukan, Twitter memberikan notifikasi sama ada anda benar-benar ingin menyebarkan maklumat tidak tepat. Twitter tidak akan memadam ciapan ini atas sebab hak kebebasan bersua di Amerika Syarikat.

Sistem ciapan semula yang akan dikembalikan kepada asal selepas berakhirnya pilihanraya presiden A.S. Kerana kebobrokan segelintir semua terpaksa bersusah payah. Sama seperti situasi di Malaysia sekarang. Kebobrokan yang melanggar SOP menyusahkan jutaan insan yang terpaksa menjalani PKPB.

ep2p-5small