Twitter Akan Memperkenalkan Ciri “Baca Sebelum RT Dan Kongsi” Kepada Semua Pada Peringkat Global – Amanz

Twitter sebelum ini telah bereksperimen dengan ciri yang memaksa pengguna untuk membaca terlebih dahulu sebelum Retweet sesuatu Tweet. Eksperimen ini diuji secara terhad dikalangan sejumlah pengguna, dan kini Twitter berkongsi hasil eksperimen mereka.

Twitter Baca

Menurut Twitter, melalui eksperimen berkenaan, pengguna 40% lebih kerap membaca artikel selepas melihat notifikasi berkenaan. Disamping itu, kekerapan pengguna yang membuka artikel sebelum Retweet meningkat kepada 33%.

Pada masa yang sama, sejumlah pengguna juga turut tidak Retweet selepas membuka dan membaca artikel berkenaan – yang mana membolehkan mereka membuat keputusan yang lebih baik berbanding hanya Retweet tanpa membaca.

Twitter kini mengatakan mereka akan hadir dengan rekaan yang lebih kecil, disamping ingin memperkenalkan ciri ini pada peringkat global tidak lama lagi.

ep2p-2