Tiga Saudara Lawan Anifah Di Bongawan

Kimanis – Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

Suruhanjaya Pilihan Raya ketika mengumumkan perkara tersebut berkata telah menerima empat borang pencalonan, manakala tiada calon yang di di tolak selepas tempoh bantahan tamat.

Proses penamaan calon bagi N30 itu telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bongawan.

Pertembungan 4 penjuru berlangsung antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) di Dewan Undangan Negeri (DUN) N30 Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Antara yang telah mengemukakan kertas pencalonan bertanding termasuklah mantan menteri luar, Datuk Seri Panglima Anifah Aman – PCS, Dr Daud Yusuf – Warisan. Manakal calon BN diwakili Awang Syairin Awang Bakar dan Mohd Azree Abdul Ghani mewakili LDP.

Dr Said ketika ditemui pemberita berkata beliau dan dua calon dari BN dan LDP mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain, iaitu anak dan bapa saudara.

“Mereka ada kaitan dengan saya, calon nombor tiga Mohd Azree ialah sepupu manakal Awang Syairin merupakan keluarga terdekat.

“Tapi dalam kempen ini kita sebagai keluarga jangan membawa hal peribadi. Hanya menyusun hala tuju jika kalau dipilih” katanya di sini sebentar tadi.

Proses penamaan tamat sekitar 10 pagi ini.

ep2p-2