Senarai 30 Kawasan DUN Sabah Bakal Ditandingi UMNO?

UMNO Negeri Sabah telah memuktamadkan sekurang-kurangnya 30 kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal mereka tandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal berlangsung dari 12  -26 September 2020 nanti.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh SuaraTV, sebanyak 30 kawasan yang akan ditandingi UMNO itu meliputi 17 kawasan Parlimen di Sabah. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan adakah ini merupakan pembahagian muktamad atau masih ada kerusi-kerusi lain yang masih dalam perbincangan.

UMNO Sabah belum memberi apa-apa maklumbalas rasmi terhadap laporan ini. Sebelum ini SuaraTV melaporkan UMNO bakal bertanding 30 kerusi DUN berbanding sasaran awal 37 kerusi daripada 48 kerusi majoriti bumiputera Islam.

Bagaimanapun belum dipastikan jumlah keseluruhan kerusi yang akan ditandingi Barisan Nasional.

Berikut adalah senarai kerusi DUN yang dipercayai telah diputuskan secara muktamad akan disertai oleh UMNO atas tiket Barisan Nasional.

  1. P.167 KUDAT : (1) N.01 BANGGI (2) N.02 BENGKOKAN (3)N.03 PITAS
  2. P.169 KOTA BELUD (4)N.09 TEMPASUK, (5)N.10 USUKAN,
  3. P.170 TUARAN (6) N.13 PANTAI DALIT
  4. P.171 SEPANGGAR (7) N.16 KARAMBUNAI, (8) N.17 DARAU
  5. P.173 PUTATAN  (9)N.22 TANJUNG ARU, (10)N.24 TANJUNG KERAMAT,
  6. P.175 PAPAR (11) N.29 PANTAI MANIS
  7. 176 KIMANIS (12)N.30 BONGAWAN
  8. P.178 SIPITANG , (13)N.34 LUMADAN, (14)N.35 SINDUMIN
  9. P181 TENOM, (15)N.43 KEMABONG
  10. P.183 BELURAN , (16) N.47 TELUPID, (17)N.48 SUGUT
  11. P.184 LIBARAN N.51 (18) N.50 GUM GUM (19)SUNGAI MANILA, (20)N.52 SUNGAI SIBUGA
  12. P.185 BATU SAPI (21)N.53 SEKONG
  13. P.187 KINABATANGAN , (22)N.57 KUAMUT, (23)N.58 LAMAG, (24)N.59 SUKAU
  14. P.188 LAHAD DATU , (25)N.60 TUNGKU (26)N.63 KUNAK
  15. P.189 SEMPORNA (27)N.64 SULABAYAN
  16. P.190 TAWAU (28)N.67 BALUNG,
  17. P.191 KALABAKAN (29)N.70 KUKUSAN, (30)N.72 TANJUNG BATU

 

ep2p-5small