PBS Setia Dengan GRS, Nafi Sertai Warisan Plus

KOTA KINABALU- Parti Bersatu Sabah (PBS) menyanggah dakwaan kononnya parti itu akan bergabung dengan Warisan Plus bagi membentuk kerajaan negeri.

Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai memberitahu, dakwaan mengenai penggabungan ini tersebar luas di media sosial susulan keputusan pilihan raya negeri semalam.

“PBS, sebagai rakan sekutu di Gabungan Rakyat Sabah(GRS), tetap teguh dengan sekutunya Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 semalam mencatatkan keputusan PN menang 17 kerusi, BN 14, PBS tujuh kerusi, Bebas tiga kerusi, PKR dua kerusi, UPKO satu
kerusi manakala Warisan memperoleh 29 kerusi DUN.

ep2p-2