My Kuali: Udang goreng kunyit

 Asalamualaikum dan selamat pagi semua…

ada hari rajin kak rose untuk nak masak2.. bila ada tukang makan maka tukang masak pun rajin lah nak sediakan juadah kan… ni kak rose masak masa anak2 ada kat rumah ni sebab rumah derang ni masih tak de bekalan air… jadinya derang pun berkampung kat sini… Alhamdulillah mama pun jadi rajin masak walaupun dengan bahan apa yang ade jer dalam fridge… udang goreng kunyit togel2 pun boleh lah kan…

Bahan-Bahan:

  • udang saiz besar secukupnya, siang buang kulitnya
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 ulas bawang merah, hiris nipis
  • 1 biji cili hijau, hiris kasar
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • Sedikit daun bawang untuk hiasan
  • Garam secukup
  • 3 sudu besar minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan udang, gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang yang diperap tadi. Goreng sehingga separuh masak dan masukkan bawang besar, cili merah serta sos tiram.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau seketika.
  5. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang/daun sup.

 

ep2p-2