My Kuali: Bingka tepung beras

 Asalamualaikum dan salam isnin yang ceria selepas empat hari tak ade bekalan air…

resepi kuih bingka tepung beras ni asik lalu lalang kat fb wall, jadinya walaupun sangat lah tidak rajin nak buat tapi bila asik terpandang jeeeee maunya tak nak rasakan… so tukang masak ni pun merajinkan diri buat lah kuih ni… walaupun tukang makan nya tak de, so kak rose buat separuh dari adunan ni… boleh lah untuk melayan tekak yang nak makan ni kan.. nasib baik jer kejadiannya menepati citarasa, so tukang masak ni pun happy lah… jom check resepinya yang kak rose amik dari fb.. terima kasih yang kongsikan resepinya ya..

Resepi kuih bingka tepung beras:

2 cawan tepung beras

1 cawan tepung jagung

1 cawan gula

7 cawan santan

garam

Cara:

Satukan semua bahan dan masak bahan diatas hingga pekat.

Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven lebih kurang dalam satu jam atau hingga masak.

 

ep2p-2