Kenyataan Krisis Tanduo Hanyalah Sandiwara Tidak Masuk Akal – Bung Mokhtar

Tawau – Kenyataan calon DUN N61 Segama, Mohamadin Ketapi berkenaan krisis Tanduo pada 2013 adalah sandiwara kerajaan ketika itu adalah terlalu kebudak-budakan dan tidak masuk akal.

Dalam temubual bersama Suara.Tv di Tawau, Bung Mokhtar yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah mengesa calon-calon yang bertanding di PRN Sabah tidak mengeluarkan kenyataan provakasi.

“Janganlah keluar kenyataan provokasi ketika berkempen kerana ianya boleh menyakitkan hati dan menyinggung banyak pihak.

Untuk rekod, peristiwa berdarah itu menyaksikan lapan anggota polis maut ditembak pengganas Sulu dalam dua kejadian berasingan di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Simunul, Semporna,

“Mohamadin Ketapi ini memang terkenal dengan bicara yang tidak masuk akal dan dia tidak tahu apa dia katakan, sebab itu pengundi di Segama harus melihat pemimpin mana yang perlu mereka undi untuk dijadikan wakil rakyat” katanya lagi.

Tidak wajar tuduh peristiwa berdarah di Tandou, Lahad Datu pada 2013 yang mengorbankan lapan anggota polis sebagai sandiwara. – Bung Moktar Radin

Posted by Suara.TV on Sunday, 20 September 2020

 

Untuk rekod Mohamadin Ketapi adalah Ahli Parlimen Silam yang juga bekas Menteri Perlancongan pada zaman kerajaan Pakatan Harapan.

Beliau diumumkan sebagai calon N61 DUN Segama untuk PRN Sabah kali ini.

ep2p-5small