Harga lesen belajar memandu dan kadar bayaran 2020

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) melalui Jawatankuasa Pelesenan Institusi Memandu (JKPIM) telah menetapkan Harga Siling bagi Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan di Institut Memandu (IM) untuk pengguna jalan raya mendapatkan lesen memandu yang sah.

Bagaimanapun, masih terdapat perbezaan harga membabitkan pengusaha sekolah / institut memandu di seluruh negeri. Harga siling bermaksud ianya memastikan pengguna dapat menikmati harga perkhidmatan atau barangan pada kadar yang munasabah.

Harga lesen belajar memandu dan kadar bayaran 2020

Sebagai makluman, harga siling untuk mendapatkan lesen motosikal B2 adalah RM350, manakala B pula RM900. Harga lesen bagi kereta transmisi manual (D) adalah RM1,150 sementara bagi kereta transmisi automatik (DA) adalah RM1,250.

Menerusi tinjauan harga di Institut Memandu, perbezaan atau harga yang lebih tinggi daripada ditetapkan adalah disebabkan beberapa caj tambahan terdapat dalam pakej perkhidmatan lain yang disediakan oleh institut atau sekolah memandu terbabit.

Sebagai contoh, seperti kos operasi, sewa kenderaan, minyak, pekerja sokongan dan sebagainya bagi memastikan pelajar mendapat pembelajaran yang terbaik selain diambil kira dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan skim gaji minimum.

Harga lesen belajar memandu terkini 2020

Oleh kerana terdapat perbezaan kadar bayaran belajar memandu di Institut Memandu di kawasan seluruh negeri. kami hanya dapat memberi maklumat anggaran kadar harga sahaja melalui tinjauan harga lesen memandu (contohnya ambil Lesen P, Lesen L) yang dibuat bagi tahun 2020.

Anggaran harga lesen belajar memandu yang dinyatakan masih munasabah meskipun berbeza daripada harga siling yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

Motosikal:

Kelas Kategori
B2 Lesen motosikal tidak melebihi 250 cc
B Lesen motosikal melebihi 500 cc
D Lesen kereta transmisi manual
DA Lesen kereta transmisi automatik
Harga Siling B2 Anggaran Harga
RM350 Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 cc RM500
Harga Siling B Anggaran Harga
RM900 Lesen Motosikal Melebihi 500 cc RM1,050

Kereta:

Harga Siling D Anggaran Harga
RM1,150 Lesen Kereta Transmisi Manual RM1,250
Harga Siling DA Anggaran Harga
RM1,250 Lesen Kereta Transmisi Automatik RM1,450
Harga Siling Harga siling adalah harga Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan di Institut Memandu (IM) yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Anggaran Harga Anggaran harga adalah maklumat lingkungan harga munasabah sekiranya Institut Memandu mengenakan Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan lebih tinggi daripada harga siling yang dinyatakan. Sekiranya harga yang dikenakan lebih tinggi daripada anggaran harga yang dinyatakan, lebih baik anda membuat tinjauan di Institut Memandu lain yang mungkin lebih murah.
Harga siling bagi mendapatkan lesen memandu di seluruh negeri telah ditetapkan dan perbezaan atau harga yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan, mungkin disebabkan beberapa caj tambahan yang dikenakan institusi terbabit.
Kebiasannya caj tambahan dikenakan apabila institusi memandu perlu mengambil dan menghantar pelajar ke sesuatu destinasi dan sebarang caj tambahan perlu diperincikan pihak institusi berkenaan.

Had umur untuk memohon lesen.

Lesen Umur
Lesen motosikal tidak melebihi 250 cc 16 tahun dan ke atas
Lesen motosikal melebihi 500 cc 16 tahun dan ke atas
Lesen kereta transmisi manual 17 tahun dan ke atas
Lesen kereta transmisi automatik 17 tahun dan ke atas

ep2p-2