Permohonan Rayuan BSH 2020 secara Online dan Manual

Menurut pemberitahuan di laman web rasmi BSH, permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat mulai 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020. Pemohon yang tidak lulus permohonan perlu tunggu tarikh ini bagi membuat permohonan rayuan.

Panduan permohonan Rayuan BSH 2020-600x550

Untuk makluman anda, permohonan rayuan boleh dibuat dengan salah satu kaedah berikut:

  • Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat di semua cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) bermula 7 Ogos 2020
  • Permohonan rayuan secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus tidak lulus dengan kod tertentu sahaja bermula 7 Ogos 2020

Cara membuat rayuan BSH 2020 secara online

Pemohon yang tidak lulus permohonan dengan kod tertentu boleh membuat rayuan secara atas talian di Portal Rasmi BSH dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke Portal Rasmi BSH
  2. Klik pada Rayuan (akan mula dipaparkan mulai 7 Ogos 2020)
  3. Masukkan nombor kad pengenalan atau MyKad dan klik carian
cara mohon rayuan BSH 2020-450x450

KOD TIDAK LULUS BSH

Berikut adalah beberapa Kod Tidak Lulus BSH yang membolehkan pemohon membuat permohonan secara atas online:

  1. Kod 05 – Semakan daripada rekod agensi mendapati pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM4,000
  2. Kod 06 – Semakan daripada rekod agensi mendapati pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM4,000 termasuk perniagaan
  3. Kod 08 – Didapati pemohon berdaftar sebagai pemegang saham / pengarah syarikat / perkongsian liabiliti berhad
  4. Kod 09 – Didapati pasangan yang berdaftar sebagai pemegang saham / pengarah syarikat / perkongsian liabiliti berhad
  5.  Kod 38 – Berdasarkan rekod agensi didapati pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di luar negara

Cara membuat rayuan BSH 2020 secara manual

Boleh hadir ke Cawangan LHDNM/Pusat Khidmat hasil )PKH)/UTC yang berdekatan dengan anda.

Untuk borang permohonan,sila ke pautan berikut untuk muat turun :
https://bsh.hasil.gov.my/Download/Borang/2020/BK-07(BorangPermohonanRayuanBSH2020).pdf

  1. Sila isi borang permohonan berikut dengan lengkap
  2. Bawa sekali dokumen-dokumen sokongan mengikut kod tidak lulus masing-masing.
  3. Sila download sekali Borang Serahan Dokumen BSH 2020. (PAUTAN DISINI)
  4. Hantarkan ke cawangan LHDN/ UTC/ Pusat Khidmat Hasil.

Nota kaki : Sila rujuk terlebih dahulu kod tidak lulus BSH anda sebelum buat rayuan.

Nota : Sila bawa dokumen berikut sebelum hadir ke kaunter Cawangan LHDNM :

  • Salinan MyKad sendiri
  • Salinan MyKad pasangan
  • Penyata gaji terkini
  • Surat status perkahwinan

Anda juga tidak layak membuat permohonan rayuan BSH 2020 sekiranya tidak memenuhi syarat permohonan BSH seperti :

  1. Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  2. Menetap di luar negara
  3. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  4. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  5. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  6. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  7. Pemegang saham / pengarah syarikat
  8. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  9. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  10. Memiliki motosikal melebihi 500cc
  11. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang BSH 2020,boleh rujuk DISINI

Maklumat berkenaan Rayuan BSH 2020:

Sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut berkaitan permohonan rayuan BSH 2020, anda boleh menghubungi LHDNM di saluran berikut :

Telefon : 1-800-88-2747

Facebook : LHDNM

ep2p-2