panduan dan cara mohon BSN Geran Padanan Pendigitalan PKS

BSN Geran Padanan Pendigitalan PKS,sudahkah anda memohon?Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan geran bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui Geran Padanan Pendigitalan PKS.

Geran ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan pendigitalan dalam operasi perniagaan harian.Melalui geran ini, usahawan PKS boleh memantapkan lagi proses pendigitalan perniagaan mereka seperti mempromosikan perniagaan melalui perkhidmatan e-dagang, Sistem Jualan Elektronik (e-POS), dan pemasaran digital melalui media sosial dan sebagainya.

Melalui inisiatif ini, Bank Simpanan Nasional (BSN) dilantik oleh sebagai peneraju utama oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang turut disertai oleh agensi yang lain seperti Kumpulan SME Bank dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Amaun geran yang ditawarkan melalui inisiatif ini adalah sebanyak 50% atau maksimum RM5,000 dari jumlah invois.

Geran padanan ini terhad untuk satu 1 permohonan sahaja bagi setiap PKS.

Walaubagaimanapun, PKS dibenarkan untuk memohon sehingga
3 jenis perkhidmatan pendigitalan dengan satu atau lebih pembekal perkhidmatan pendigitalan yang berdaftar dengan MDEC.

Terdapat 7 jenis perkhidmatan pendigitalan yang ditawarkan iaitu:

  • Sistem Electronic Point of Sale (e-POS)
  • Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Customer Relationship Management (CRM)
  • Enterprise Resource Planning (ERP) / Perakaunan & Cukai
  • Pemasaran Digital / Jualan
  • Perolehan
  • Kerja Jarak Jauh (Remote Working)
  • E-Dagang

Permohonan geran padanan pendigitalan ini adalah percuma dan tiada yuran dikenakan.

Panduan mohon BSN Geran Padanan Pendigitalan PKS

Syarat Kelayakan BSN Geran Padanan Pendigitalan PKS

Terdapat beberapa syarat kelayakan PKS yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan iaitu:

  1. PKS tersebut mestilah dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia.
  2. PKS terbabit perlu berdaftar di bawah Akta yang relevan di Malaysia.
  3. PKS terbabit telah beroperasi sekurang-kurangnya satu 1 tahun.
  4. Untuk PKS yang baru beroperasi selama satu 1 tahun, PKS tersebut perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minima sebanyak RM100,000.00 pada tahun tersebut.
  5. Bagi PKS yang telah beroperasi melebihi dua 2 tahun, PKS tersebut perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minima sebanyak RM50,000.00 untuk dua 2 tahun terkini secara berturut-turut.

Cara Membuat Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS

PKS yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan dialu-alukan memohon geran padanan pendigitalan ini melalui langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di laman web BSN iaitu https://www.mybsn.com.my/.
  2. PKS boleh melantik salah satu atau lebih panel pembekal perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC untuk melaksanakan mana-mana perkhidmatan pendigitalan yang disediakan (maksimum 3 servis).
  3. PKS hendaklah melengkapkan dan mengemukakan borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada mana–mana cawangan bank.
  4. Perlantikan mana-mana pihak ketiga bagi tujuan pengumpulan dan penghantaran borang permohonan yang dibuat kepada pihak bank adalah tidak dibenarkan.
  5. Setelah permohonan PKS diluluskan, bergantung kepada keseluruhan jumlah invois, pihak bank akan membuat pembayaran terus sebanyak 50% daripada keseluruhan jumlah invois atau sehingga RM5,000.00 kepada pembekal perkhidmatan secara penuh atau secara berperingkat mengikut budi bicara pihak bank.

Penghantaran borang permohonan juga boleh dilakukan melalui emel mengikut negeri iaitu:

  1. Johor: [email protected]
  2. Kedah: [email protected]
  3. Kelantan: [email protected]
  4. Melaka: [email protected]
  5. Negeri Sembilan: [email protected]
  6. Pahang: [email protected]bsn.com.my
  7. Perak: [email protected]
  8. Pulau Pinang: [email protected]
  9. Sabah: [email protected]
  10. Sarawak: [email protected]
  11. Selangor: [email protected]
  12. Terengganu: [email protected]
  13. Kuala Lumpur: [email protected]

Dokumen Penting BSN Geran Padanan Pendigitalan PKSg

  1. Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal dan Pengarah Syarikat dan atau Rakan Kongsi, yang mana berkenaan.
  2. Salinan lesen pendaftaran syarikat, salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan iaitu Borang A/B, Borang 24 & 49 dan M&A atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016.
  3. Penyata kewangan beraudit untuk tahun terkini dan akaun pengurusan kewangan terkini (jika diperlukan) atau sebarang bukti perolehan jualan.
  4. Penyata bank syarikat untuk dua 2 bulan terkini.
  5. Profil syarikat (jika ada).
  6. Invois atau resit pembayaran dan persetujuan perkhidmatan bagi perkhidmatan pendigitalan yang dipilih yang disenaraikan MDEC.
  7. Dokumen dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak bank dari semasa ke semasa.

Sebarang permasalahan dan pertanyaan lanjut

Anda boleh menghubungi pihak Bank Simpanan Nasional di talian 1-300-88-1900 atau SME Bank di talian 03-2603 7700.

ep2p-5small