My Kuali: Mee goreng sedapp

mee goreng sedappp yang berulang kali dah kak rose buat… sementelah tukang makan pun suka, maka tukang masak pun happy jer nak buat kalau ada permintaan… dan kalau ada tetamu nak datang rumah, menu ni dah jadi satu hidangan yang mudah kak rose nak sediakan… biasanya kak rose memang sediakan sambal cili untuk goreng mee ni dan yang lain2 tu mudah jer nak sediakan… udang dan fish cake pun sentiasa ada dalam stok… memudahkan kerja kan.. jom tengok resepinya..

Bahan bahan:





500 gram mee kuning





100 gram isi ayam/daging – potong kecil (kak rose bubuh udang jer)





2 biji telur – pukul rata





1 biji buah tomato – potong kasar





3-4 ulas bawang putih – diketuk





1 ulas bawang merah – hiris halus





1 sudu besar cili kisar – guna 2 jika suka pedas





3 sudu besar sos cili





3 sudu besar sos tomato





3 sudu besar kicap pekat





Garam, air secukupnya





1 sudu besar gula – letak 1/2 sudu jer (tak letak)





Minyak




1 sudu besar sos tiram) yg ni kak rose tambah




1 packet fish cake)










Bahan tabur:





1 biji cili merah – hiris





Daun bawang





Limau nipis





Bawang goreng



 

Cara cara:





 





Tumis bawang putih yang diketuk sehingga wangi. Diikuti bawang merah. Masuk cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.










Masukkan udang dan kacau dan  dimasukkan 1 mangkuk air.










Masukkan
sos cili, sos tomato, kicap pekat dan buah tomato serta gula. Masukkan
sawi dan kacau sehingga sedikit layu. Masukkan mee dan gaul sebati. 




Ketepikan mee, tuangkan telur dan bila hampir masak, kacau rata telur sebelum dikacau bergaul rata dengan mee.




Mee sedia dihidang dengan daun bawang/daun sup, cili merah dan bawang goreng.

ep2p-2