My Kuali: Lepat ubi kayu

 

Alhamdulillah… bila balik kampung ada saja bekalan yang dibawak balik… terima kasih adik yang bekalkan ubi kayu ni… dan bila sampai rumah sikakak ni teringin sangat nak makan lepat ubi.. so ini lah kejadian lepat ubi tu.. yang kat atas ni gambar lama yang pernah buat dulu, sebab kali ni memang tak teringat nak amik gambo sebab dah soooo eager nak makan… hangat2 pun tak kisahkan, asalkan dapat makan… rasa puas sangat dapat makan lepat ubi yang kenyal goyang gedik gedik tu… meh kak rose kongsikan resepi nya..

Bahan-Bahan

  • 4 cawan ubi parut (kalau belum parut/kisar dlm 1 1/2 kg ubi)
  • 1 1/2 cwn kelapa parut (putihnya saja)
  • 1/4 cwn santan pekat 
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 2 sudu besar tpng ubi  
  • 1 cwn gula merah*
  • 1/2 cwn air*
  • 2 helai daun pandan, simpulkan* (*bahan yg perlu dimasak,sejukkan dulu dan tapiskan)
  • secubit garam 
  • Daun pisang secukupnya,-di layurkan dan lapkan bersih

Cara-Cara

  1. Buang kulit ubi, bersihkan dan potong kecil. Buang sekali empulur tengahnya.
  2. parut ubi ubi dan dapatkan dlm 4 cwn ubi yg
    telah diparut. tapiskan
  3. Setelah siap, ambil kanji yg terdapat pada air tos ubi tadi(yg keras dibawah dan airnya di buang).
  4. Satukan kanji ubi bersama ubi parut tadi dan gaul sebati.
  5. Masukkan kelapa parut, garam, gula pasir, santan pekat, tpng ubi dan air gula merah yg telah ditapis tadi.
  6. Gaul rata semuanya dan ketepikan dulu.
  7. Ambil daun pisang bersih tadi dan sudukan 2 sudu besar ke atas daun.
    Lipatkan kanan kiri dan bungkus dngn kemas. Bungkus sehingga habis
    adunannya.
  8. Kukus lepat ubi selama 40 minit dngn api sederhana kuat.
  9. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dihidangkan

ep2p-2