MCA Ketengahkan Calon Anak Muda

KOTA KINABALU: Parti MCA akan mencalonkan anak muda tempatan pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang bakal diadakan nanti.

Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon berkata, MCA mempunyai calon yang mempunyai latar belakang pendidikan dan berpengalaman untuk bertanding pada PRN kali ini. Kita sedang dalam proses perbincangan untuk menentukan jumlah kerusi dan kawasan yang akan lawan.

“MCA akan bawa muka baharu (anak muda tempatan) kali ini,  tetapi bergantung kepada pimpinan tertinggi Barisan Nasional menentukan jumlah kerusi yang akan diagihkan kepada MCA, kita akan teliti calon mana yang perlu diketengahkan, katanya dalam sidang media selepas selesai menghadiri Persidangan Politik dan Pilihan Raya MCA Sabah semalam.

“Walaupun MCA sudah bertapak di Sabah selama 30 tahun, kita masih lagi tidak mempunyai kekuatan seperti di Semenanjung. Pada PRU 14 lepas, MCA telah bertanding 2 kerusi DUN dan tewas kedua-duanya, ujar beliau lagi.

Kita mahu pemimpin tempatan menerajui MCA Sabah untuk kepentingan orang Sabah kerana kita mahu rakyat di negeri ini dapat menikmati pembangunan hasil daripada sumber asli di Sabah,  katanya.

 

ep2p-2