Cara mohon MyDeposit 2020 Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

MyDeposit 2020.Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) merupakan inisiatif Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan (M40) memiliki rumah pertama melalui sumbangan bayaran deposit pembelian rumah bagi satu isi rumah. Tujuan skim ini diperkenalkan adalah bagi membantu meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah pertama.

MyDeposit 2020 Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertaman-450x400

Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama kini dibuka bermula 15 Disember 2017 sehingga tarikh tutup (akan dimaklumkan).

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM25 juta bagi meneruskan pelaksanaan MyDeposit 2020 yang terbuka kepada 2,000 permohonan sahaja.

Skim MyDeposit 2020 syarat kelayakan

  1. Mestilah warganegara Malaysia
  2. Pemohon berumur 21 tahun ke atas
  3. Hanya layak untuk pembelian rumah pertama sahaja
  4. Pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan
  5. Hartanah di bawah RM500,000

Pemilihan rumah dalam skim MyDeposit

  • Projek perumahan baharu yang berlesen daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja
  • Harga pembelian rumah RM500,000 dan ke bawah
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan
  • Projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK

Moratorium Mydeposit 2020

Tempoh moratorium dikenakan selama 10 tahun. Syarat moratorium dimasukkan ke dalam surat tawaran kepada pembeli dan dokumen hakmilik tanah (di bawah sekatan kepentingan). Tempoh moratorium dikira bermula daripada tarikh Perjanjian Jual Beli Rumah ditandatangani.

Panduan untuk memohon skim MyDeposit

Untuk makluman anda, permohonan Skim MyDeposit adalah dibuka dari masa ke semasa dan akan dimaklumkan dalam Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara sekiranya ada pemakluman baru.

Permohonan Skim MyDeposit hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara di pautan berikut:

Sistem Pengurusan Perumahan Negara

Sekiranya permohonan dibuka, Skim MyDeposit akan dipaparkan dalam Sistem Pengurusan Perumahan Negara apabila anda log masuk. Bagi pengguna baru, anda perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu.

skim mydeposit 2020

Antara dokumen-dokumen penting untuk memohon:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran tanggungan
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  • Salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil penceraian
  • Akuan Bersumpah pengesahan bujang
  • Akuan Bersumpah bekerja sendiri/ tidak bekerja
  • Surat pengesahan majikan pemohon dan pasangan. Maklumat diperlukan: status perkhidmatan/ pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan
  • Penyata gaji terkini pemohon dan pasangan
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan pemohon dan pasangan
  • Salinan Laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat(CCRIS) pemohon dan pasangan
  • Surat tawaran /pengesahan terkini pembelian rumah daripada pemaju perumahan berlesen
  • Surat sokongan dan pengesahan pemimpin tempatan
  • Salinan Bil Elektrik/ Air kediaman terkini

Sebarang Pertanyaan dan Maklumat Lanjut:

Telefon : 03 8891 4025 / 2051 / 4026 / 405
Email :[email protected]

ep2p-5small