“Tempat Sendiri Tak Leka, Tempat Lawan Tak Gentar” – Najib

Oleh: Datuk Seri Najib Tun Razak

Cameron Highlands. Semenyih. Rantau. Tanjung Piai. Kimanis.

Dan kini Chini.

Setiap pilihan raya, keputusannya membawa isi hati dan mesej daripada rakyat.

Pelbagai perkara dalam pertimbangan sebelum memangkah di kertas undi.

Prestasi lepas, isu semasa dan jaminan masa depan.

Ya, inilah dia KUASA RAKYAT.

Bagi kita, pilihan raya bagaikan satu temuduga besar.

Kita bawa rekod pencapaian, kita jelaskan perjuangan semasa, kita bentangkan masa depan yang akan diusahakan.

Rekod dan sumbangan Barisan Nasional jelas. Pembangunan dan kebajikan.

PH?

Perjuangan semasa Barisan Nasional jelas. Pembangunan dan kebajikan.

PH?

Masa depan yang akan diusahakan jelas. Pembangunan dan kebajikan.

PH?

Kesemua ini dinilai dan diputuskan oleh RAKYAT di hari pengundian.

Kubu kuat, kita tidak leka.

Tempat lawan, kita tidak gentar.

Kita tetap bertanding dan berdepan dengan rakyat.

Kerana kita berkhidmat dengan keikhlasan.

Kita dapatkan MANDAT RAKYAT.

Warga pengundi Chini, terima kasih.

Legasi Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun akan kita teruskan.

Terima kasih kerana memberikan keyakinan sekali lagi kepada Barisan Nasional.

Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Mohd Sharim Md Zain untuk menjadi wakil rakyat DUN Chini.

Saya yakin Mohd Sharim akan berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan cemerlang.

Kepada seluruh jentera Chini.

Saya ambil kesempatan ini merakamkan penghargaan kepada jentera Barisan Nasional, parti-parti komponen dan para penyokong yang telah berkempen sepanjang masa ini.

Ada yang datang dari sejauh Sabah.

Kepada rakan-rakan kita dari PAS.

Presiden Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan, seluruh barisan kepimpinan PAS serta ahli-ahli PAS.

Terutama sekali jentera PAS Pahang, rakan-rakan yang bersama kita. Dari subuh ke tengah malam saya dengan mereka.

Muafakat Nasional hari ini menjadi pilihan.

Apa yang bermula sebagai persefahaman dan kerjasama, Muafakat Nasional hari ini telah berkembang ke satu tahap kekeluargaan yang erat.

Terima kasih dan syabas semua.

Kejayaan di Chini adalah kejayaan yang kita capai bersama.

Tanpa sumbangan tenaga, masa dan sokongan saudara-saudari, tidak mungkin akan begitu lancar dan berjaya.

Ditambah pula kali ini dengan sokongan Presiden dan Pemangku Pengerusi PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin-pemimpin kanan PPBM dan seluruh akar umbi di Pekan.

Rakyat telah bersuara.

Selangkah demi selangkah.

Satu demi satu kemenangan rakyat.

Hidup rakyat! Hidup rakyat! Hidup rakyat!

* Penulis ialah Pengarah Pilihanraya BN bagi PRK Chini, merangkap Ahli Parlimen Pekan.

ep2p-5small