Pengkalan Data Wattpad Digodam – Butiran Peribadi 270 Juta Akaun Dicuri – Amanz

Wattpad hari ini mengesahkan pangkalan data pengguna laman mereka telah berjaya digodam dan diakses oleh pihak ketiga. Walaupun jumlah rasmi jumlah akaun yang berjaya dicuri tidak diumumkan, laporan dari beberapa laman sekuriti siber mengatakan sehingga 270 juta butiran peribadi pengguna Wattpad telah berjaya dicuri.

Pangkalan data suku bilion pengguna ini dijual di pasaran gelap pada harga 10 Bitcoin sahaja. Antara yang tertiris ialah nama pengguna, kata laluan, dan tarikh lahir. Data peribadi pengguna dipercayai telah dicuri pada bulan Jun 2020. Wattpad berkata sungguhpun begitu maklumat perbankan, mesej peribadi dan nombor telefon pengguna tidak berjaya dicuri.

Sebagai langkah keselamatan. Wattpad telah mengubah kesemua kata laluan pengguna dan menyarankan penukaran kata laluan baharu sekiranya ia turut digunakan pada laman lain.

ep2p-2